Tentang IQRAB

IQRAB merupakan singkatan bagi  INTENSIF QURAN & BAHASA ARAB. IQRAB merupakan program Ilmu & Kembara Rohani yang dijalankan di beberapa destinasi di luar negara. 

Asas program ini adalah penekanan Ilmu pengajian Al-Quran serta Bahasa Arab. Selain itu dalam beberapa siri IQRAB yang khusus, Daurah kitab juga turut dianjurkan.

Pada tahun 2009 IQRAB bermula sebagai program Daurah Arabiyah di bawah anjuran Qalam Consultancy. Program ini berkembang dan di jenamakan semula sebagai IQRAB dengan kerjasama institusi terkemuka antarabangsa daripada negara Jordan, Syria, Morocco, Turkiye dan Arab Saudi. 

Kini, IQRAB merupakan sebuah insitusi dan program di bawah kelolaaan Yayasan Mahasiswa dengan kejayaan penganjuran program kursus Bahasa Arab selama 14 tahun merangkumi lebih 500 orang graduan program. 

× Chat Sekarang